awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan berhijab: Sekolah dan kolej di Karnataka India ditutup ekoran ketegangan

Bernama
Bernama
08/02/2022
15:52 MYT
Larangan berhijab: Sekolah dan kolej di Karnataka India ditutup ekoran ketegangan
Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.
Negeri yang diperintah oleh nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.
Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.
Ramai gadis diganggu di khalayak ramai oleh pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.
"Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang. Semua yang berkenaan diminta memberi kerjasama," ciap Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai di tweeter pada Selasa.
Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab.
Mahkamah Tinggi Karnataka mendengar kes itu pada Selasa dan akan mendengar hujah lanjut pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karnataka
#larangan hijab
#sekolah
#India
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan