awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan eksport gandum India bertujuan sekat akses ke pasaran spekulator - Menteri

Bernama
Bernama
04/06/2022
05:34 MYT
Larangan eksport gandum India bertujuan sekat akses ke pasaran spekulator - Menteri
Banyak negara pengimport gandum, termasuk negara anggota G7, meminta India mempertimbangkan semula keputusannya untuk menghentikan eksport gandum. - Gambar fail
NEW DELHI: India mengenakan larangan eksport gandum bagi melindungi pasaran domestik dan mengurangkan akses bekalan kepada spekulator, kata Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar.
"Apa yang kami lihat adalah pembeli berpendapatan rendah semakin ditekan, pengeluaran gandum semakin berkembang, tetapi telah dihalang daripada diperdagangkan, dengan itu komoditi kami telah digunakan untuk spekulasi.
"Kami terpaksa melakukan sesuatu untuk menghentikan perkara itu, kerana ia turut memberi kesan kepada kami - harga semakin meningkat.
"Kami tidak akan memberi spekulator akses terbuka ke pasaran India , supaya pelanggan India dan LDC (negara kurang membangun) di dunia mendapat kebaikan daripadanya," kata Jaishanka ketika Forum Globsec 2022 Bratislava pada Jumaat.
Pada tahun lepas, India telah mengeksport kira-kira 7 juta tan gandum, manakala lazimnya, negara itu hanya mengeksport kira-kira 2-3 juta tan.
Jaishanka berkata India berhasrat mahu memberi tumpuan kepada pembeli tradisionalnya, seperti Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Yaman dan Sudan, lapor Sputnik.
"Tahun ini, sebelum gelombang haba yang dahsyat melanda India, jangkaan kami akan melakukan eksport yang tinggi... Tetapi akhirnya gandum kami musnah. Sebahagian besar daripada spekulasi dilakukan oleh pedagang antarabangsa," kata Jaishanka.
"Apa yang kita lihat berlaku terhadap vaksin, kita tidak mahu melihat ia berlaku terhadap gandum, iaitu hanya orang kaya mendapat vaksin dan orang miskin hanya mampu bergantung nasib dan Tuhan".
Pada 14 Mei, India mengenakan sekatan eksport gandum susulan kenaikan harga gandum global, yang berpotensi menjejaskan keselamatan makanan di dalam negara dan di rantau ini.
Akibat keputusan itu, harga gandum di Eropah melonjak kepada AS$455 satu tan.
Pada akhir bulan lalu, Menteri Perdagangan dan Industri India Piyush Goyal berkata India akan membenarkan eksport gandum ke negara-negara yang mesra dengannya dan kepada mereka yang memerlukan, tetapi tidak akan menarik balik larangan untuk pembekal swasta.
Banyak negara pengimport gandum, termasuk negara anggota G7, meminta India mempertimbangkan semula keputusannya untuk menghentikan eksport gandum berikutan sekatan Barat ke atas satu daripada pembekal makanan terbesar, Rusia, dan gangguan eksport bijirin dari Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport gandum
#India
#spekulator
#naik harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan