awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penetapan kadar tambang ECRL akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh - Loke
Golongan B40 mudah terdedah isu kesihatan mental – Raja Permaisuri Agong
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan ratu cantik Kanada ke China kerana perjuang hak asasi manusia

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
27/11/2015
04:21 MYT
Larangan ratu cantik Kanada ke China kerana perjuang hak asasi manusia
Ratu cantik dunia Kanada ditahan di Lapangan Terbang antarabangasa, Hong Kong, semalam selepas dia dilarang mengambil penerbangan ke China. - Gambar Fail
Ratu cantik dunia Kanada yang berketurunan China ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Hong Kong semalam selepas dia dilarang menaiki penerbangan ke China di mana pertandingan ratu cantik ‘Miss World 2015’ akan berlangsung.
Anastasia Lin, pelakon berusia 25 tahun yang dinobatkan sebagai Miss World Kanada pada Mei lalu berkata China menyekat perjalanannya ke resort Sanya di Hainan untuk pertandingan ratu cantik ‘Miss World’ yang dijadualkan pada 19 Disember ini.
Menurut Lin, dia percaya larangan untuknya masuk ke China kerana perjuangannya dalam menegakkan hak asasi manusianya bagi negara China.
"Mereka menghantar mesej ini kepada setiap warga China dan mana-mana insan yang berani menyuarakan pandangan... mereka ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa ini adalah balasan jika anda bersuara mengenai sesuatu isu," kata Lin kepada AFP. Khamis.
Sebelum ini, ratu cantik Kanada itu giat mengecam pencabulan hak asasi manusia di China, terutamanya penganiayaan pengamal Falun Gong, iaitu sekumpulan rohani yang telah diharamkan beroperasi di negara itu.
Walaupun tidak menerima surat jemputan daripada pihak penganjur China, Lin bertindak membuat perjalanan ke Sanya untuk memohon visa ketibaan.
Tetapi malangnya, Lin tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan transit ke China di lapangan terbang itu.
"Saya mewakili negara saya sendiri dalam pertandingan ini ... jika mereka mendiskriminasi seorang wakil negara lain tanpa memberi jawapan yang munasabah maka bagaimanakah China sesuai untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan antarabangsa?
"Saya tidak berada di sini untuk mencetuskan apa-apa. Saya benar-benar mahu mengambil bahagian dalam pertandingan itu,” kata Lin.
Topic Berkaitan
#Anastasia Lin
#DIhalang
#Kanada
#miss world
#pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan