DUNIA
  
            Latvia lulus undang-undang tarik diri daripada Konvensyen Istanbul - Laporan
Ahli Parlimen yang menyokong langkah itu, berhujah bahawa perjanjian itu memberi tekanan supaya negara meninggalkan peranan tradisional keluarga.
            
      MOSCOW: Parlimen Latvia meluluskan usul untuk menarik diri daripada perjanjian antarabangsa yang bertujuan memerangi keganasan terhadap wanita, dikenali sebagai Konvensyen Istanbul, lapor media tempatan pada Khamis.
Portal berita Delfi melaporkan, perbahasan hangat di Parlimen berlangsung selama 12 jam sebelum 56 ahli parlimen mengundi menyokong rang undang-undang itu, 32 menentang dan dua berkecuali.
Ahli Parlimen yang menyokong langkah itu, berhujah bahawa perjanjian itu memberi tekanan supaya negara meninggalkan peranan tradisional keluarga.
Presiden Latvia, Edgars Rinkevics mempunyai tempoh 10 hari untuk menandatangani rang undang-undang itu atau mengembalikannya ke parlimen bagi pertimbangan semula.
Sebelum ini, diplomat dari Jerman, Perancis, United Kingdom dan 12 negara lain telah menyuarakan kebimbangan dalam surat yang ditujukan kepada pegawai kanan Latvia berhubung keputusan Parlimen untuk menarik diri daripada Konvensyen Istanbul.
Konvensyen itu ditandatangani di Istanbul pada 2011 dan mula berkuat kuasa tiga tahun kemudian.
Kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menyertai perjanjian itu.
Latvia berkemungkinan menjadi negara kedua menarik diri selepas Turkiye berbuat demikian pada 2021.
-- BERNAMA