[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Lava gunung berapi Kilauea terus aktif mengalir

APTN 09/06/2018 | 06:25 MYT
Gunung berapi Kilauea terus memuntahkan lavanya sejak mula aktif awal Mei lepas. REUTERS
Lava gunung berapi Kilauea di Hawaii terus mengalir dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan berhenti dalam masa terdekat.
Minggu lalu, ratusan kediaman musnah kerana berada dalam zon aliran lava berkenaan.
Laporan terbaru itu dikeluarkan pihak pengawal kebangsaan Hawaii yang melakukan tinjauan pada waktu malam bagi melihat progres terkini aliran lava berkenaan.
Tinjauan di Hilo itu dilakukan Joint Task Force 50 yang merupakan sebuah organisasi ketenteraan yang bertindak balas sekiranya berlaku sebarang tragedi atau bencana.
Gunung berapi Kilauea mula aktif sejak awal Mei lepas.
BACA: Beratus-ratus rumah hancur disebabkan lava gunung berapi Kilauea
BACA: Kilauea terus marah, bawa malapetaka hingga ke rimba dan laut Hawaii
BACA: Kaki hancur terkena percikan lava gunung berapi Kilauea
#gunung berapi #Hawaii #kilauea #lava