awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lavrov, Rubio akan bertemu di luar persidangan UNGA80 – Wakil Rusia ke PBB

Bernama
Bernama
19/09/2025
22:15 MYT
Lavrov, Rubio akan bertemu di luar persidangan UNGA80 – Wakil Rusia ke PBB
Sergey Lavrov (kanan) dan Marco Rubio dijangka mengadakan pertemuan di luar sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, minggu depan.
MOSCOW: Satu pertemuan antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio sedang dirancang di luar sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), kata Wakil Tetap Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya.
"Kami menjangkakan pertemuan pertama (antara Lavrov dan Setiausaha Negara AS) sejak 2021," katanya kepada stesen televisyen Rossiya-24, menurut agensi berita TASS.
Beliau berkata, tiada agenda ditetapkan setakat ini, namun menjangkakan rundingan akan merangkumi pelbagai isu dua hala dan pelbagai hala.
Lavrov akan mengetuai delegasi Rusia ke UNGA80 dan dijadual menyampaikan ucapan pada 27 Sept.
Beliau turut dijangka mengadakan beberapa pertemuan di luar persidangan, termasuk dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Sesi ulang tahun UNGA dibuka pada 9 Sept, dengan minggu peringkat tinggi berlangsung dari 23 hingga 29 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNGA
#Menteri Luar Rusia
#Sergey Lavrov
#setiausaha negara Amerika Syarikat
#Marco Rubio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan