DUNIA

Lavrov, Rubio bertemu di luar Sidang Kemuncak Asia Timur di KL

Bernama 11/07/2025 | 07:50 MYT
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini mengadakan perbincangan komprehensif pada 10 Julai, yang berlangsung kira-kira satu jam.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur, lapor agensi berita Rusia, TASS.


Ringkasan AI
  • Menteri Luar Rusia dan Setiausaha Negara AS bertemu secara santai di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur, selepas perbincangan rasmi selama satu jam pada 10 Julai.
  • Rakaman menunjukkan Lavrov tersenyum dan Rubio menepuk bahunya, menandakan hubungan diplomatik yang positif walaupun ketegangan global masih wujud.
  • Walaupun pertemuan itu singkat, ia mencerminkan kesediaan kedua-dua negara untuk terus berinteraksi dalam forum serantau seperti ASEAN.


Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini mengadakan perbincangan komprehensif pada 10 Julai, yang berlangsung kira-kira satu jam.

Bagaimanapun, pertemuan pada Jumaat hanya pertemuan singkat dan bersifat santai.

Rakaman yang dikeluarkan Kementerian Luar Rusia memaparkan suasana mesra antara kedua-dua pemimpin, dengan Lavrov kelihatan tersenyum manakala Rubio menepuk bahunya.

Mereka turut dilihat berjabat tangan sebelum mengakhiri pertemuan itu.

-- BERNAMA


#Menteri Luar Rusia #setiausaha negara Amerika Syarikat #Sergey Lavrov #Marco Rubio #Sidang Kemuncak Asia Timur