BANGKOK: Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bulan depan mencetuskan harapan agar beliau dapat membantu mewujudkan keamanan di selatan Thailand, lapor berita tempatan.
Ahli akademik dan pakar yakin bahawa lawatan Anwar dijangka menyumbang momentum kepada proses dialog damai selatan Thailand.
"Anwar mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang pergolakan di selatan berbanding pemimpin sebelumnya," kata mereka.
Memandangkan Malaysia telah bangkit daripada krisis politik baru-baru ini, kepimpinan baharu barangkali berminat untuk memulakan dasar baharu mungkin termasuk penglibatan serius dalam membantu menyelesaikan masalah pemberontakan di selatan Thailand, lapor Bangkok Post.
Malaysia turut berperanan sebagai fasilitator bagi proses dialog damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun lamanya yang meletus pada Januari 2004 di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Beliau menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang tamat perkhidmatannya sebagai ketua fasilatator pada 31 Disember 2022.
Pensyarah kanan Institut Kajian Keamanan di Universiti Prince of Songkla, Penolong Prof. Dr Srisompob Jitpiromsri berkata, rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dapat diperbaiki dengan Anwar selaku perdana menteri.
"Beliau (Anwar) memahami isu pemberontakan dengan lebih mendalam dan mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk di wilayah selatan sejak sekian lama.
"Syarat rundingan untuk Thailand secara relatifnya utuh tanpa perubahan kerajaan," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Sementara itu, bekas pensyarah hubungan antarabangsa di Universiti Chulalongkorn Panitan Wattanayagorn berkata, kebarangkalian rundingan damai membuahkan hasil kini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Anwar rapat dengan ramai tokoh di Thailand termasuk ahli politik, pegawai kanan tentera dan ahli akademik serta masyarakat sivil.
"Rundingan damai boleh menarik lebih banyak kumpulan pemberontak selain BRN.
"Melihat kepada gambaran yang lebih luas, terdapat harapan yang tinggi (untuk rundingan damai) walaupun tetap berhati-hati untuk mengelakkan kekecewaan," katanya.
Ahli akademik bebas dan penyelaras Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) untuk keamanan dan pembangunan di kawasan sempadan selatan, Mansor Salae berkata Anwar boleh memainkan peranan penting dalam mencapai kemajuan dalam rundingan damai.
Walaupun Malaysia mungkin mengalami masalah dalam melaksanakan peranannya sebagai fasilitator kerana politik dalaman, ia tidak menjadi masalah untuk rundingan damai antara kerajaan Thailand dan gerakan pemisah BRN.
Sementara itu, Bangkok Post melaporkan Zulkifli dijangka mengadakan perbincangan dengan Jeneral Wanlop yang mengetuai Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) pada 28 Feb.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa parti utama termasuk BRN.
Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN disambung semula pada tahun 2019 dengan kemajuan yang konkrit dan ketara telah dicapai yang menimbulkan harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan Thailand.
Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan keganasan yang bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla yang terletak di selatan Thailand sehinga kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Malaysia berperanan sebagai fasilitator bagi proses damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun lamanya yang meletus pada Januari 2004 di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla. - Gambar hiasan/Bernama

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Lawatan PM Anwar ke Kemboja eratkan hubungan, bincang kepentingan dua hala- Zambry
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja pada 27 Mac ini atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany
Terdapat dua matlamat yang rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.

Lawatan ke Arab Saudi: Tiada pertemuan PM Anwar dengan pemimpin tertinggi bukan isu
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi disifatkan berjaya kerana ia mengeratkan hubungan diplomatik dan menambah baik hubungan perdagangan.

Lawatan PM ke Arab Saudi: Apa isunya yang dikecohkan? - Mohammad Agus
Berikut adalah kenyataan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang berkongsikan pandangan berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.

Memanfaatkan Visi 2030 Arab Saudi, buka peluang baharu hubungan erat Malaysia-Saudi
Kebanyakan dasar yang diputuskan di dalam OIC dipengaruhi oleh Arab Saudi dan ibu pejabat OIC terletak di Riyadh.

PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.

Jadual PM padat, Kerajaan Arab Saudi minta lanjut lawatan namun terpaksa ditolak
Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana Anwar mengadakan pertemuan dengan OIC dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.