DUNIA
Lawatan Donald Trump ke UK disambut dengan demonstrasi
Orang ramai menyertai demonstrasi menentang kunjungan Presiden Trump ke London, United Kingdom pada Rabu. - Gambar Reuters
LONDON: Lawatan negara kali kedua Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke United Kingdom pada Rabu mencetuskan gelombang bantahan dengan kumpulan hak asasi manusia mengecam sokongan Washington terhadap apa yang digelar sebagai “pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.”
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Portland Place, berdekatan ibu pejabat BBC di tengah London, sambil membawa sepanduk bertulis “No to racism, no to Trump.”
Mereka turut menayangkan versi kecil belon ikonik ‘Trump baby blimp’ yang pernah digunakan pada demonstrasi besar ketika lawatan pertamanya pada 2019.
Bantahan turut diadakan di Whitehall, Parliament Square serta sekitar Windsor Castle, kira-kira 40 kilometer dari pusat London.
Di sebalik demonstrasi, kerajaan UK tetap mengadakan sambutan penuh adat istiadat di Windsor Castle, termasuk majlis pertemuan dengan pemimpin perniagaan Amerika dan istiadat rasmi, bagi memikat Trump dalam isu perdagangan.
Menurut wartawan Al Jazeera, acara rasmi itu sengaja diadakan jauh dari pusat London untuk mengelakkan Trump berdepan demonstrasi secara langsung.
Kumpulan Stop the War, antara penganjur utama, menyatakan di platform X: “Penafian jenayah genosid tidak dialu-alukan! Bangkit menentang lawatan negara Trump! Desak AS dan UK hentikan bekalan senjata kepada negara genosid Israel!”
Kempen Solidariti Palestin pula menggesa rakyat Britain bersuara. “Polisi pengusiran Trump membuktikan beliau seorang autoritarian perkauman di tanah air dan penghasut peperangan di luar negara. Itu bukan sesuatu yang harus diraikan,” katanya.
Penunjuk perasaan turut menuduh kerajaan Britain memuliakan “seorang tokoh yang didakwa memusnahkan hak asasi manusia di AS dan seluruh dunia, menafikan perubahan iklim serta membenarkan genosid di Gaza”.
Mereka juga menyifatkan Trump sebagai “figur rohani gerakan sayap kanan global yang bersifat autoritarian serta mengundur semula demokrasi”.
Meskipun pelbagai usaha dibuat untuk melindungi Trump daripada demonstrasi, ratusan peserta berhimpun di luar Windsor Castle.
Polis Thames Valley memaklumkan, empat individu ditahan selepas memancarkan imej Trump bersama pesalah seks kanak-kanak, Jeffrey Epstein pada dinding kubu berusia lebih 1,000 tahun itu.
Pihak polis turut menahan sebuah van membawa iklan yang memaparkan wajah Trump bersama Epstein, yang meninggal dunia dalam penjara New York pada 2019.
Namun tiada tangkapan dibuat dan kenderaan tidak dirampas.
Lawatan Trump berlangsung ketika Perdana Menteri UK, Keir Starmer berdepan tekanan politik dalaman selepas memecat Duta Britain ke Washington, Peter Mandelson berhubung kontroversi kaitannya dengan Epstein.
Hubungan lama Trump dengan Epstein turut kembali menghantui reputasi beliau, apabila isu tersebut terus mencuri tajuk utama media dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - Agensi