awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
25/11/2024
03:43 MYT
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan di sini, hari ini. - Gambar/ Mohd Faizol Aziz
SEOUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan tertutup sebelum menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia-Korea.
Tiga MoU berkenaan melibatkan Kerjasama Pendidikan Tinggi, Kerjasama Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon dan Pendekatan Kerjasama di bawah Artikel 6 Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Menyuarat tertutup hari ini merupakan pertemuan empat mata pertama antara Anwar dan Yoon di sini.
Kedua-dua pemimpin pernah bertemu di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos pada Oktober dan kemudiannya dihimpunkan sekali lagi semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru pada 10 hingga 16 November lalu.
Lawatan Perdana Menteri ke republik ini juga merupakan lawatan kerja pertama ketua pentadbiran Malaysia sejak tahun 2019.
Dalam pertemuan tertutup tersebut, pelbagai perkara berkepentingan bersama menjadi tumpuan rundingan.
Pada masa sama, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid mengesahkan, rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea juga dijangka menjadi tumpuan utama dalam pertemuan tersebut.
Pertemuan ini dilihat sebagai suatu yang signifikan berdasarkan kepada posisi unik yang akan diterajui oleh kedua-dua negara pada tahun 2025.
Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN, manakala Korea akan menjadi pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan.
Dalam acara sama, Perdana Menteri juga diraikan di dalam satu Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Presiden Republik Korea selepas berakhirnya mesyuarat dua hala serta majlis pertukaran MoU antara kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#Korea Selatan
#Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan