KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, tiba di Paris, Perancis pada Isnin malam bagi meneruskan lawatan kenegaraannya ke Eropah.
Menurut kenyataan Sekretariat Presiden Indonesia, sepanjang lawatan Prabowo dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, di Istana Élysée.
Advertisement
Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala antara Indonesia dan Perancis, selain membincangkan peranan republik berkenaan dalam mengekalkan kestabilan serta menggalakkan keamanan global.
"Dalam pertemuan tersebut, selain memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Perancis, Prabowo juga akan menyampaikan pendirian Indonesia dalam menjaga kestabilan dan mendorong perdamaian dunia,” menurut kenyataan itu.
Sebelum itu, Prabowo turut mengadakan pertemuan kira-kira lima jam dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, di Istana Kremlin.