awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Pelosi: Sri Lanka ulangi komitmen terhadap dasar 'Satu China'

Bernama
Bernama
04/08/2022
10:23 MYT
Lawatan Pelosi: Sri Lanka ulangi komitmen terhadap dasar 'Satu China'
Presiden Ranil Wickremesinghe turut berpegang kepada prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara berdasarkan Piagam PBB. - Gambar fail
NEW DELHI: Presiden Ranil Wickremesinghe pada Khamis mengulangi komitmen Sri Lanka terhadap Dasar "Satu China" di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan.
Beliau turut berpegang kepada prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara berdasarkan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Negara-negara perlu mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang boleh meningkatkan lagi ketegangan di peringkat global.
"Saling menghormati dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain adalah asas penting untuk jalinan kerjasama yang aman dan mengelakkan sebarang konfrontasi," kata Wickremesinghe ketika mengadakan pertemuan dengan duta China ke Sri Lanka, Qi Zhenghong.
Ahli Majlis Negara China yang juga Menteri Luar, Wang Yi sebelum ini mengecam lawatan Pelosi ke Taiwan pada Selasa itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ranil Wickremesinghe
#Sri Lanka
#China
#Nancy Pelosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan