awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Rusia galak kerjasama teknologi tinggi - Pakar

Bernama
Bernama
05/08/2025
16:30 MYT
Lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Rusia galak kerjasama teknologi tinggi - Pakar
Sultan Ibrahim merupakan ketua negara Malaysia pertama yang melakukan lawatan negara ke Rusia sejak hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia terjalin pada 1967. - Gambar Instagram @officialsultanibrahim
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dijangka membincangkan kerjasama dalam bidang teknologi tinggi, interaksi dalam ASEAN, perdagangan serta kerjasama teknikal ketenteraan semasa lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Rusia, menurut Pengarah Institut Kajian Asia dan Afrika, Moscow State University, Alexey Maslov.
"Pertama sekali, Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun ini, oleh itu perbincangan akan meliputi kerjasama dengan keseluruhan blok serantau itu.
"Selain itu, kami telah merangka beberapa projek dengan Malaysia, termasuk pembekalan sumber tenaga Rusia ke Malaysia serta pembelian beberapa produk dari Malaysia seperti buah-buahan dan tekstil. Namun topik paling penting dijangka ialah kerjasama dalam bidang teknologi tinggi," katanya kepada agensi berita Rusia, Sputnik.
Maslov berkata Malaysia merupakan antara negara paling maju di rantau itu dari segi sains dan pendidikan tinggi, sambil menambah bahawa pengeluaran bersama mikropemproses, papan sistem dan teknologi berkaitan adalah berpotensi untuk diteroka.
Sultan Ibrahim merupakan ketua negara Malaysia pertama yang melakukan lawatan negara ke Rusia sejak hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia terjalin pada 1967. Seri Paduka Baginda dijadual berada di Rusia dari 5 hingga 10 Ogos, dan akan mengadakan pertemuan dengan Putin pada 6 Ogos.
Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkembangan hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia, serta isu berkaitan mengenai agenda antarabangsa dan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#ASEAN
#Diplomatik
#agenda antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan