Lebih 10 gempa susulan dalam 14 jam selepas gempa bumi kuat 7.5 magnitud di Jepun

Lebih 10 gempa susulan direkodkan di Jepun dalam tempoh 14 jam susulan gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda utara negara itu, menurut data Agensi Meteorologi Jepun pada Selasa. - Foto REUTERS
TOKYO: Lebih 10 gempa susulan direkodkan di Jepun dalam tempoh 14 jam susulan gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda utara negara itu, menurut data Agensi Meteorologi Jepun pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sebanyak 14 gegaran direkodkan, dengan magnitud antara 3.6 hingga 6.4 dan kedalaman antara 10 hingga 50 kilometer (km).
Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori bahagian utara, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido.
Ketinggian maksimum tsunami mencecah 70 sentimeter. Amaran itu ditarik balik kira-kira enam jam selepas gempa berlaku.
Pusat gempa terletak 54km di bawah dasar laut di luar pantai timur Aomori, dengan gegaran mencatatkan tahap lebih enam pada skala intensiti tujuh mata Jepun. Seramai 30 orang cedera.
Sejak seminggu lalu, kerajaan Jepun dan pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran mengenai risiko lebih tinggi berlakunya gempa bumi besar di kawasan utara Hokkaido dan rantau Sanriku di timur laut Jepun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


