DUNIA
Lebih 100 juta kunjungi lokasi pelancongan di China sempena cuti umum
Kira-kira 104 juta pengunjung di China dilapor mengunjungi lokasi pelancongan domestik sempena cuti umum negara itu. -AP
Kira-kira 104 juta pengunjung di China dilapor mengunjungi lokasi pelancongan domestik sempena cuti umum negara itu.
Menurut Kementerian Budaya dan Pelancongan China, angka tersebut diperoleh selepas empat hari pertama percutian yang dikenali sebagai "minggu keemasan", lapor media tempatan Xinhua pada Selasa.
Memetik sumber kementerian, kemasukan pelancong dapat menghasilkan pendapatan sekitar AS$6 bilion (kira-kira RM26 bilion).
Selasa merupakan hari terakhir minggu keemasan.
Walaupun kes COVID-19 pertama kali dilapor dan menular di China, negara itu kini berjaya mengawal wabak itu daripada terus merebak.
Pada bulan lalu, Wuhan iaitu bandar China yang menjadi pusat wabak negara itu kembali kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas menjalani perintah berkurung sejak 23 Januari.
China melaporkan lebih 83,000 kes jangkitan koronavirus termasuk 4,637 kematian.
#China
#COVID-19
#cuti umum
#kerajaan
#koronavirus
#lokasi pelancongan domestik
#pelancongan
#pengunjung