[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak, Bangkok musnah dalam kebakaran

Agensi 03/06/2019 | 08:32 MYT
Kebakaran di Pasar Chatuchak dikatakan bermula daripada masalah kerosakan elektrikal. - Foto: Twitter/@ThaigerNews
Satu kejadian kebakaran di pasar hujung minggu yang popular dalam kalangan pelancong di ibu negara Thailand, Pasar Chatuchak, telah memusnahkan lebih 100 buah lot kedai.
Percikan api dipercayai bermula berdekatan pintu nombor satu akibat masalah elektrikal, sebelum menyambar bahan mudah terbakar lain. Api semakin marak sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan, lapor portal berita Bangkok Post.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok yang tiba segera di lokasi kejadian, kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 10 malam.
Pasukan forensik dari Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) seterusnya menjalankan siasatan untuk menentukan punca sebenar kejadian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada sebarang laporan tentang kecederaan ataupun kemalangan jiwa.
Insiden di pasar yang sudah lama menjadi persinggahan wajib pelancong asing termasuk pelibur dari Malaysia itu, bagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa.
Polis tempatan pada Isnin memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang mangsa yang cedera.
Menurut laman web rasmi pasar tersebut, pintu nombor satu terletak berdekatan dengan bahagian jualan buku dan cenderamata, selain kedai makan dan kafe.
Pasar Chatuchak merupakan pasar terbesar di Thailand dengan menawarkan pilihan aneka barangan dari 15,000 kedai.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bangkok #cenderamata #chatuchak terbakar #kebakaran #pasar chatuchak #pelancong #Thailand