INTERNATIONAL
Lebih 100 maut hujan luar musim landa India dan Nepal
Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan berserta ribut petir, kilat dan angin kencang akan terus melanda tengah dan timur India sehingga Isnin ini. - Foto X/Mario Nawfal
LEBIH 100 nyawa terkorban sejak Rabu selepas hujan lebat luar musim melanda beberapa bahagian di India dan Nepal.
Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan hujan berterusan di rantau itu dalam beberapa hari akan datang.
Di daerah Nalanda, Bihar, enam individu maut selepas sebatang pokok tumbang akibat angin kencang dan menghempap sebahagian kuil yang menjadi tempat mereka berlindung.
Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Bihar, sekurang-kurangnya 82 orang terkorban dalam pelbagai insiden berkaitan hujan dalam tempoh dua hari lalu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi India (IMD) turut mengeluarkan amaran mengenai beberapa risiko cuaca termasuk gelombang haba di bahagian barat serta ribut petir di kawasan tengah dan timur negara itu, walaupun musim hujan lazimnya hanya bermula sekitar bulan Jun.
Jabatan tersebut menjangkakan hujan berserta ribut petir, kilat dan angin kencang akan terus melanda tengah dan timur India sehingga Isnin ini.