[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Lebih 100 trak bantuan dibenar menyeberang sempadan Rafah

Luqman Hariz 09/11/2023 | 10:14 MYT
Ia selepas gesaan semakin meningkat daripada agensi bantuan antarabangsa agar gencatan senjata dilaksanakan untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk Gaza. - Foto Twitter @PalestineRCS
Sebanyak 106 trak yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan tiba di sempadan Rafah di antara Mesir dan Gaza pada Rabu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, ia ekoran gesaan yang semakin meningkat daripada agensi bantuan antarabangsa agar gencatan senjata dilaksanakan untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke kawasan yang terkepung.
Penghantaran dari Bulan Sabit Merah Mesir bagaimanapun tidak mengandungi bahan api yang sangat diperlukan, yang diharamkan Israel daripada memasuki Gaza atas alasan akan digunakan Hamas untuk tujuan ketenteraan.
Ini menjadikan jumlah trak bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza sejak 7 Oktober kepada 756, menurut PRCS.
BACA LAPOR LANGSUNG PERANG PALESTIN-ISRAEL DI SINI
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Angka itu ternyata amat sedikit berbanding kira-kira 455 trak sehari yang didakwa PBB masuk sebelum perang.
Kira-kira 10,500 rakyat Palestin telah terbunuh sejak Perang Palestin-Israel bermula pada 7 Oktober lalu, dengan lebih 4,300 daripadanya merupakan kanak-kanak.
Pelaksanaan gencatan senjata dan pembukaan koridor kemanusiaan kekal menjadi permintaan mendesak komuniti dunia terhadap Israel, bagi mengehadkan angka korban dalam perang yang berlangsung.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, negara itu tidak akan bersetuju kepada gencatan senjata selagi semua tebusan warga Israel tidak dibebaskan oleh Hamas.
#trak perubatan di Rafah #Perang Palestin- Gaza #Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin #Hamas