awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10,700 warga Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt

Bernama
Bernama
17/09/2024
13:00 MYT
Lebih 10,700 warga Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt
Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Gambar fail/REUTERS
RAMALLAH: Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa operasi itu berlaku di pelbagai wilayah di Tebing Barat yang diduduki disertai serbuan meluas serta penderaan, serangan dan ancaman terhadap tahanan serta keluarga mereka, selain perbuatan vandalisme dan kemusnahan rumah-rumah rakyat Palestin.
Antara yang ditahan ialah Abla Saadat, isteri kepada Setiausaha Agung Barisan Popular yang dipenjarakan, pemimpin Ahmed Saadat, Tahrir Jaber, pelajar media Universiti Birzeit, Duaa Al-Qadi serta wartawan Qutaiba Hamdan, menurut kenyataan itu.
PPS dan Suruhanjaya mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt meningkat kepada lebih 10,700 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Palestin ditahan
#Tebing Barat
#tentera Israel
#Persatuan Tahanan Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan