JUMLAH kes harian positif COVID-19 global kembali menunjukkan peningkatan selepas merekodkan lebih 500,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 127.44 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30.29 juta kes.

Ini diikuti Brazil dengan 12.53 juta kes dan India dengan 12.04 juta kes.

Sementara negara-negara yang melepasi angka 4 juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom.

Itali, Sepanyol dan Turki pula merekodkan lebih 3 juta kes manakala Jerman, Colombia, Argentina, Poland dan Mexico mencatatkan lebih 2 juta kes.

Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif setakat ini.

Dalam pada itu, Chile, Kanada, Romania, Belgium dan Iraq pula antara negara yang merekodkan lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Jepun, Lubnan, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Slovakia, Panama, Malaysia, Bulgaria, Ecuador dan Belarus.

Kebanyakkan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.

Sementara itu, lebih 9,000 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh dunia.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian melepasi 2.8 juta kes.

Berdasarkan data yang sama, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 549,000. Ini diikuti Brazil dengan lebih 312,000 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Rusia, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Ini termasuk Comlombia, Iran, Argentina, Afrika Selatan dan Poland manakala negara yantg mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukarine dan Turki.

Selain itu Romania, Chile, Belgoum dan Hugary pula mencatatkan lebih 200,000 angka korban. Kebanyakkan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.