DUNIA
Lebih 1,300 pengarah filem, pelakon enggan bekerjasama dengan institusi filem Israel
Antara penandatangan ikrar termasuk Olivia Colman, Javier Bardem, Susan Sarandon, Mark Ruffalo (foto) dan Riz Ahmed, yang berjanji tidak akan menayangkan atau bekerjasama dengan institusi filem Israel yang terlibat. -Gambar fail/Facebook
LONDON: Lebih 1,300 individu dalam industri perfileman termasuk pemenang anugerah Oscar, BAFTA, Emmy dan Cannes melancarkan ikrar pada Isnin menolak sebarang kerjasama dengan institusi filem Israel yang terlibat dalam genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.
Ringkasan AI
Kenyataan yang ditandatangani ratusan pengarah filem, pelakon, penggiat industri serta institusi filem itu menegaskan mereka mengiktiraf kuasa perfileman dalam membentuk persepsi dan berjanji untuk tidak bekerjasama dengan institusi filem Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan terdapat risiko munasabah berlakunya genosid di Gaza, kenyataan itu menegaskan bahawa kebebasan untuk semua manusia adalah "tanggungjawab moral dan tidak boleh diabaikan."
"Kami menyahut seruan pembuat filem Palestin yang mendesak industri filem antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap penindasan, perkauman dan tindakan tidak berperikemanusiaan, serta melakukan apa sahaja yang mampu bagi menamatkan keterlibatan dalam penindasan mereka," menurut kenyataan itu.
Terinspirasi daripada Filmmakers United Against Apartheid yang menolak menayangkan filem mereka di Afrika Selatan ketika era aparteid, para penandatangan berikrar tidak akan menayangkan filem, menghadiri acara atau bekerjasama dengan festival, pawagam, penyiar dan syarikat produksi Israel yang dikaitkan dengan genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.
Antara individu yang menandatangani ikrar itu termasuk Olivia Colman, Javier Bardem, Aimee Lou Wood, Susan Sarandon, Mark Ruffalo, Riz Ahmed, Tilda Swinton, Julia Sawalha, Miriam Margolyes, Ken Loach dan Juliet Stevenson.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Lebih 1,300 penggiat industri perfileman termasuk pemenang anugerah antarabangsa menandatangani ikrar menolak kerjasama dengan institusi filem Israel yang dikaitkan dengan genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.
- Kenyataan itu menyahut seruan pembuat filem Palestin dan menyeru industri global agar tidak berdiam diri terhadap penindasan serta menyokong kebebasan dan keadilan.
- Antara penandatangan ikrar termasuk Olivia Colman, Javier Bardem, Susan Sarandon, Mark Ruffalo dan Riz Ahmed, yang berjanji tidak akan menayangkan atau bekerjasama dengan institusi filem Israel yang terlibat.
Kenyataan yang ditandatangani ratusan pengarah filem, pelakon, penggiat industri serta institusi filem itu menegaskan mereka mengiktiraf kuasa perfileman dalam membentuk persepsi dan berjanji untuk tidak bekerjasama dengan institusi filem Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan terdapat risiko munasabah berlakunya genosid di Gaza, kenyataan itu menegaskan bahawa kebebasan untuk semua manusia adalah "tanggungjawab moral dan tidak boleh diabaikan."
"Kami menyahut seruan pembuat filem Palestin yang mendesak industri filem antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap penindasan, perkauman dan tindakan tidak berperikemanusiaan, serta melakukan apa sahaja yang mampu bagi menamatkan keterlibatan dalam penindasan mereka," menurut kenyataan itu.
Terinspirasi daripada Filmmakers United Against Apartheid yang menolak menayangkan filem mereka di Afrika Selatan ketika era aparteid, para penandatangan berikrar tidak akan menayangkan filem, menghadiri acara atau bekerjasama dengan festival, pawagam, penyiar dan syarikat produksi Israel yang dikaitkan dengan genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.
Antara individu yang menandatangani ikrar itu termasuk Olivia Colman, Javier Bardem, Aimee Lou Wood, Susan Sarandon, Mark Ruffalo, Riz Ahmed, Tilda Swinton, Julia Sawalha, Miriam Margolyes, Ken Loach dan Juliet Stevenson.
-- BERNAMA

#penggiat industri perfileman
#institusi filem Israel
#ikrar tolak kerjasama
#genosid dan aparteid
#Palestin