Lebih 140 terbunuh dalam serangan udara di Yaman

Agensi
Oktober 8, 2016 23:30 MYT
PBB turut menggesa satu siasatan segera dijalankan dan mahu masyarakat dunia memberikan tekanan agar nyawa orang awam dilindungi. - Foto REUTERS/Abduljabbar Zeyad
Lebih 140 terbunuh manakala 525 lagi cedera dalam serangan udara ketika satu majlis pengkebumian sedang berlangsung di Yaman pada Sabtu.
Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bersatu bagi kemanusiaan, Jamie McGoldrick, kumpulan penyelamat dan pemberi bantuan melahirkan rasa “terkejut dan marah” ke atas serangan itu yang meranapkan sebuah dewan orang ramai di ibu kota Sanaa.
“Laporan awal dari pegawai kesihatan di Sanaa memaklumkan lebih 140 terbunuh dan 525 yang lain cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
PBB turut menggesa satu siasatan segera dijalankan dan mahu masyarakat dunia memberikan tekanan agar nyawa orang awam dilindungi.
Pemberontak Huthi pantas mendakwa tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi bertanggung jawab diatas serangan itu.
Namun ia dinafikan pihak pakatan dalam satu kenyataan kepada AFP dengan berkata tiada operasi seumpama itu dilancarkan dan pihaknya sentiasa mengelak sasaran awam.
Pakatan itu ditubuhkan tahun lalu bagi membantu Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi menundukkan pemberontak Huthi yang menguasai bandar itu.
#Abedrabbo Mansour Hadi #majlis pengkebumian #pemberontak Huthi #Sanaa #serangan udara #Yaman #Yeman