awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2024
06:18 MYT
Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Lebih 150 pesakit dan kakitangan dilapor terperangkap ketika tentera Israel mengepung dan menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza Utara ketika ini. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Lebih 150 pesakit dan kakitangan dilapor terperangkap ketika tentera Israel mengepung dan menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza Utara ketika ini.

Ringkasan AI
  • Lebih 150 pesakit dan kakitangan terperangkap di Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza Utara, ketika tentera Israel mengepung dan menyerbu hospital tersebut.
  • Pengarah Hospital Kamal Adwan melaporkan bahawa tingkap wad pesakit mengalami kerosakan teruk akibat pengeboman berterusan oleh tentera Israel di sekitar kemudahan perubatan tersebut.
  • Jurucakap Pertahanan Awam Gaza menyatakan bahawa tentera Israel telah mengarahkan pesakit untuk berkumpul di halaman utama hospital.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safia, memberitahu Al Jazeera bahawa beberapa bahagian premis itu mengalami kerosakan akibat pengeboman berterusan di sekitar kemudahan perubatan itu.
Beliau turut memberi amaran bahawa Hospital Kamal Adwan berkemungkinan menjadi 'pusara besar' apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.
Agensi berita Wafa melaporkan seorang jurucakap Pertahanan Awam Gaza berkata bahawa tentera Israel telah mengarahkan pesakit untuk berkumpul di halaman utama.
Hospital Kamal Adwan merupakan antara fasiliti perubatan yang masih berfungsi di Gaza Utara di tengah-tengah pengepungan oleh rejim zionis yang memasuki minggu ketiga.
Terdahulu, kereta kebal Israel dilapor mengebom kemudahan tersebut menyebabkan kerosakan pada stesen oksigen dan mengakibatkan kematian beberapa kanak-kanak.
Jumlah kematian masih belum dapat disahkan.
Serangan ini adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran oleh tentera Israel di Gaza yang telah menyebabkan kematian lebih 42,847 orang dan mencederakan lebih 100,544 orang sejak Oktober 2023.
Serangan ini juga telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran di kawasan sekitar hospital, termasuk Jabalia, di mana serangan udara Israel telah mengorbankan ramai penduduk.
Situasi di Gaza semakin meruncing dengan serangan berterusan oleh tentera Israel, menyebabkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk awam yang terperangkap dalam konflik ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hospital Kamal Adwan
#Beit Lahiya
#rejim Zionis
#Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan