DUNIA

Lebih 17 juta rakyat Afghanistan terima kad pengenalan elektronik

Bernama 29/12/2025 | 20:15 MYT
Afghanistan melancarkan program pengedaran kad pengenalan elektronik untuk warganya pada Mei 2018. - Foto: rta.af
KABUL: Lebih 17 juta rakyat Afghanistan telah menerima kad pengenalan elektronik sejak program itu dilancarkan pada Mei 2018, lapor Xinhua memetik kenyataan Pihak Berkuasa Statistik dan Maklumat Kebangsaan (NSIA) pada Isnin.

"Sejak permulaan proses pengedaran kad pengenalan elektronik, seramai 17,068,000 rakyat Afghanistan telah menerima kad pengenalan elektronik mereka," menurut NSIA.

Menurut NSIA, daripada jumlah itu, seramai 10,621,000 adalah lelaki manakala 6,447,000 lagi adalah wanita.

Pihak berkuasa sebelum ini menganggarkan jumlah penduduk negara itu mencecah 36.4 juta orang.

-- BERNAMA




#kad pengenalan elektronik #NSIA #Afghanistan #rakyat Afghanistan