DUNIA
Lebih 1,700 kes demam Chikungunya dilaporkan di bandar selatan China
Demam Chikungunya adalah penyakit berjangkit akut disebabkan oleh virus Chikungunya, dengan simptom klinikal termasuk demam, ruam dan sakit sendi. - Gambar hiasan
GUANGZHOU: Pihak berkuasa di Jiangmen, sebuah bandar di Wilayah Guangdong, selatan China melaporkan sebanyak 1,714 kes demam Chikungunya setakat Jumaat, sehingga mendorong tindak balas kecemasan kesihatan awam dilancarkan, lapor Xinhua.
Semua kes yang dilaporkan setakat ini adalah ringan, tanpa sebarang kes serius atau kematian, menurut pegawai dalam sidang media pada Sabtu.
Kerajaan bandar itu pada Jumaat memutuskan untuk melaksanakan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan Awam Tahap 3 berikutan situasi semasa demam Chikungunya di Jiangmen.
Demam Chikungunya adalah penyakit berjangkit akut disebabkan oleh virus Chikungunya, dengan simptom klinikal termasuk demam, ruam dan sakit sendi.
Virus ini disebarkan kepada manusia oleh nyamuk yang dijangkiti.
-- BERNAMA