Lebih 20 orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa sebuah bas penumpang lalu terhumban di dalam sungai di Siddhababa, Palpa, kira-kira 450 kilometer ke barat Kathmandu, pada Sabtu.

Menurut inspektor polis Palpa, Dactar Prasad Chaudhari, bas malang itu dalam perjalanan dari Butwal, bahagian barat Nepal ke Tansen bersama lebih 30 penumpang.

Tiga mayat telah ditemui setakat ini. Kerja-kerja menyelamat telah dijalankan, kata Chaudhari.

Bungkah batu besar menimpa bas berkenaan hingga terhumban ke dalam sungai Tinau yang sedia banjir.

Inspektor Chaudhari memberitahu Bernama dalam temubual menerusi telefon nasib penumpang lain belum diketahui.