Lebih 20 penduduk hilang dalam insiden tanah runtuh di Jawa Timur

Astro Awani
Februari 15, 2021 04:57 MYT
Sekurang-kurangnya 23 penduduk dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang menimpa kediaman di Desa Ngetos, Nganjuk petang semalam. -Twitter/NganjukKotaBayu
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang menimpa kediaman penduduk di Desa Ngetos, Nganjuk, Jawa Timur, Indonesia petang semalam.
Sejumlah 14 yang lain pula dilaporkan mengalami kecederaan, lapor CNN Indonesia.
Koordinator operasi Tagana Nganjuk, Aris Trio Effendi pada Isnin mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya sedang melakukan usaha pencarian mangsa.
Selain sukarelawan, operasi turut dibantu pihak tentera dan polis republik itu.
Insiden tanah runtuh itu dipercayai akibat hujan lebat yang terjadi sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dalam kenyataannya berkata mangsa yang mengalami kecederaan kini dirawat di pusat kesihatan masyarakat Ngetos.
Bencana itu juga telah menyebabkan lapan rumah penduduk rosak teruk.
#tanah runtuh #banjir #Desa Ngetos #Nganjuk #Jawa Timur #Aris Trio Effendi #Koordinator operasi #BNPB #Badan Nasional Penanggulangan Bencana