[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Lebih 2,800 orang dipindahkan akibat banjir di selatan Myanmar

Bernama 30/07/2025 | 13:44 MYT
Keadaan sebuah kawasan di selatan Myanmar yang dinaiki air bah selepas beberapa hari hujan lebat dan paras air sungai melimpah. - X @ClimateRe50366
YANGON: Seramai 2,851 orang daripada 771 isi rumah dipindahkan di Daerah Myawaddy, negeri Kayin, akibat banjir, menurut Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar (MFSD) pada Rabu, lapor Xinhua.

Pemindahan itu dilaksanakan oleh MFSD pada Selasa selepas Sungai Thaungyin melimpah melebihi paras bahaya akibat hujan lebat, katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar pada Rabu, paras sungai di Myawaddy naik kira-kira 3.6 meter melebihi paras bahaya dan dijangka kekal berisiko untuk sehari lagi.

Penduduk setempat dipindahkan ke kem penyelamat sementara, kata MFSD.

-- BERNAMA

#Myanmar #banjir Myanmar #penduduk dipindahkan #sungai thaungyin