MADINAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menumpukan usaha bagi menyantuni pengunjung sepanjang 10 hari pertama Ramadan 1447 Hijrah, dengan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 88,900 penerima manfaat menerusi pusat khidmat tetamu Masjid Nabawi.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), lebih 2.9 juta hidangan iftar turut diagihkan di Masjid Nabawi, dengan bantuan lebih 12,095 sukarelawan lelaki dan wanita yang menyediakan khidmat dari segi penyelarasan, bimbingan, kesedaran serta bantuan kemanusiaan.
Advertisement
Pihak berkuasa berkenaan mengulangi komitmen berterusan untuk berkhidmat kepada jemaah di Masjid Nabawi, selain menekankan dedikasinya dalam mengekalkan piawaian penjagaan tertinggi untuk pengunjung sepanjang bulan Ramadan.
-- BERNAMA-SPA