awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 cedera roda ferris terbakar di festival muzik Jerman

Bernama
Bernama
18/08/2024
08:00 MYT
Lebih 30 cedera roda ferris terbakar di festival muzik Jerman
Semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar. - Gambar/ TikTok @nervdieleudenicht
LEIPZIG: Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal, semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar.
Bagaimanapun, ketua operasi Palang Merah Jerman berkata dua orang turut cedera parah dalam kejadian itu.
Jurucakap polis itu pada awalnya tidak dapat mengulas mengenai maklumat berkenaan.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa empat pegawai polis adalah antara yang cedera.
Punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan.
Menurut wartawan dpa di lokasi kejadian, dua gondola musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam itu.
Seorang pengunjung festival dari Cologne berkata roda Ferris itu tiba-tiba berputar dengan laju. Gondola yang terbakar berada di bahagian paling atas roda.
Penyanyi rap Jerman Ski Aggu sedang membuat persembahan semasa kebakaran itu berlaku.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu dpa bahawa keadaan dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas kebakaran bermula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roda ferris terbakar
#Jerman
#festival muzik
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan