DUNIA

Lebih 30 cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sekolah Jerman

Bernama 06/11/2025 | 06:10 MYT
Lebih 30 pelajar dan guru cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman. -Foto X @ExxAlerts
FRANKFURT: Lebih 30 pelajar dan guru cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Lebih 30 pelajar dan guru cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Seramai 29 pelajar dan tiga guru mengalami kerengsaan pada saluran pernafasan dan mata, sebahagian mangsa dibawa ke hospital.
  • Polis terus memburu suspek dan jenis gas sebenar yang dilepaskan masih belum dikenal pasti, insiden berlaku di bandar Spiesen-Elversberg, Jerman.


Menurut kenyataan, seramai 29 pelajar dan tiga guru mengalami kerengsaan pada saluran pernafasan dan mata.

Sebahagian mangsa dibawa ke hospital, manakala yang lain dirawat di lokasi kejadian di bandar Spiesen-Elversberg, yang terletak berhampiran sempadan Perancis di barat daya Frankfurt.

Polis terus memburu suspek manakala jenis gas sebenar yang dilepaskan masih belum dikenal pasti.

Kira-kira 170 orang berada di dalam sekolah ketika insiden itu berlaku, iaitu kira-kira 11.30 pagi (1030 GMT).

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan pelajar dan guru yang cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman?
    A: Seramai 29 pelajar dan tiga guru mengalami kerengsaan pada saluran pernafasan dan mata.
  • Q: Di manakah lokasi kejadian di mana gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman?
    A: Kejadian berlaku di bandar Spiesen-Elversberg, yang terletak berhampiran sempadan Perancis di barat daya Frankfurt.
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan orang yang berada di dalam sekolah pada masa insiden berlaku?
    A: Kira-kira 170 orang berada di dalam sekolah ketika insiden itu berlaku.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas kejadian gas perengsa di sekolah di barat daya Jerman?
    A: Polis terus memburu suspek manakala mangsa dibawa ke hospital atau dirawat di lokasi kejadian.
  • Q: Apakah jenis gas sebenar yang dilepaskan di sekolah di barat daya Jerman?
    A: Jenis gas sebenar yang dilepaskan masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.



#Jerman #gas perengsa #Spiesen-Elversberg #kerengsaan pada saluran pernafasan dan mata