Lebih 30 maut, puluhan diculik di tengah Nigeria

Kumpulan itu mencetuskan huru-hara di Kasuwan-Daji, sebuah pasar besar yang terletak di Kampung Demo dalam daerah Kabe pada Sabtu malam.
ABUJA: Lebih 30 orang maut manakala puluhan yang lain diculik oleh kumpulan yang disyaki pengganas selepas menyerang sebuah pasar kampung di negeri Niger, tengah Nigeria, dalam gelombang keganasan terbaharu di negara itu, menurut polis pada Ahad, lapor Xinhua.
Jurucakap polis negeri Niger, Wasiu Abiodun berkata, kumpulan berkenaan mencetuskan huru-hara di Kasuwan-Daji, sebuah pasar besar yang terletak di Kampung Demo dalam daerah Kabe pada Sabtu malam.
"Mereka turut membakar kedai-kedai dan merampas bahan makanan," kata Abiodun, sambil mengesahkan bahawa penyerang menyerbu kampung itu melalui kawasan Hutan Taman Negara di wilayah berkenaan.
Abiodun berkata, motif serangan masih belum diketahui, sambil memaklumkan bahawa pasukan gabungan agensi keselamatan telah dikerahkan ke kampung itu bagi menyiasat kejadian serta menyelamatkan mangsa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


