awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 negara gesa agihan vaksin secara adil - Wakil tetap China ke PBB

Bernama
Bernama
29/09/2021
07:01 MYT
Lebih 30 negara gesa agihan vaksin secara adil - Wakil tetap China ke PBB
Vaksin yang merupakan mekanisme berkesan dalam mengatasi wabak dan sepatutnya dijadikan produk awam sejagat itu berhadapan dengan isu ketidakseimbangan atau kesenjangan dalam pengagihannya di peringkat global. - Reuters
GENEVA: Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Chen Xu yang mewakili lebih 30 negara membangun termasuk Rusia, Indonesia, Pakistan, Mesir, Mexico dan Afrika Selatan menyeru agar pengagihan vaksin dilaksanakan secara adil di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan pada Selasa di simposium wabak COVID-19 sempena Sidang ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, beliau berkata ia berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak itu dan keadaan virus yang bermutasi.
Chen berkata, keadaan itu sedang mengancam nyawa rakyat terutamanya di negara membangun dan mempengaruhi pembangunan sosioekonomi.
"Vaksin yang merupakan mekanisme berkesan dalam mengatasi wabak dan sepatutnya dijadikan produk awam sejagat itu berhadapan dengan isu ketidakseimbangan atau kesenjangan dalam pengagihannya di peringkat global.
"Kami menyokong seruan PBB mengenai pengagihan vaksin secara saksama, menggesa setiap negara mengutamakan hak nyawa dan kesihatan rakyat, bukannya isu yang lain seperti kepentingan ekonomi dan pertimbangan politik, dan tidak melaksanakan amalan 'nasionalisme vaksin'," kata Chen.
Beliau berkata mengambil semangat kerjasama dan solidariti, masyarakat antarabangsa sewajarnya melaksanakan amalan multilateralisme termasuk dengan menambah bantuan kepada negara membangun.
"Langkah itu membolehkan vaksin dan produk kesihatan lain mudah dan mampu diperolehi negara membangun terutamanya negara yang paling ketinggalan," katanya.
Negara anggota PBB dan pihak-pihak yang terbabit diseru untuk meningkatkan pengeluaran vaksin di samping membantu negara membangun meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin melalui pengeksportan, sumbangan, penyelidikan bersama, pengeluaran berdaftar serta pemindahan teknologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wakil china
#chen xu
#PBB
#vaksin
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan