awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 300 warga Vietnam di zon konflik di Myanmar dihantar pulang

Bernama
Bernama
05/12/2023
10:15 MYT
Lebih 300 warga Vietnam di zon konflik di Myanmar dihantar pulang
Lebih 800 warga Vietnam telah diberikan dokumen perjalanan dan boleh dihantar pulang, menurut Kedutaan Vietnam di Myanmar. - Gambar hiasan
HANOI: Seramai 338 rakyat Vietnam yang terkandas di zon konflik di utara Myanmar telah selamat dihantar pulang ke negara mereka pada Isnin.
Penghantaran balik itu dilakukan oleh Kementerian Luar Vietnam (MoFA), Kementerian Keselamatan Awam, agensi berkaitan dan negara rakan kongsi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Lebih 800 warga Vietnam telah diberikan dokumen perjalanan dan boleh dihantar pulang, menurut Kedutaan Vietnam di Myanmar.
Kebanyakan mangsa yang dihantar balik membabitkan golongan muda termasuk mereka yang bekerja dengan organisasi perjudian dalam talian di negeri-negeri utara Myanmar, yang ditinggalkan oleh majikan mereka dan terkandas akibat konflik antara tentera Myanmar dan etnik minoriti tempatan.
Menurut laporan media, tentera Myanmar kini berhadapan cabaran terbesar sejak rampasan kuasa pada 2021, apabila tiga pasukan minoriti etnik melancarkan serangan terancang pada akhir Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Vietnam
#Myanmar
#Konflik Myanmar
#hantar pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan