awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024

Agensi
Agensi
07/01/2025
00:00 MYT
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
Salah satu tarikan pelancong di Thailand, kuil Wat Arun yang dirakamkan pada waktu senja dari Sungai Chao Phraya di Bangkok, 9 Disember 2021. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand menyambut lebih daripada 35 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melepasi sasaran kerajaan, ketika negara ini berusaha memulihkan ekonominya yang lembap, menurut pegawai kerajaan pada Isnin.
Sektor pelancongan, yang merupakan bahagian penting ekonomi Thailand dan menyumbang hampir 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah bergelut sejak pandemik COVID-19 dan perubahan tabiat pelancong.
Menurut Kementerian Sukan dan Pelancongan, lebih 35 juta pelawat tiba di negara ini pada 2024, kurang sekitar empat juta berbanding tahap tertinggi sebelum pandemik pada 2019.
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand, setelah mengalami penurunan pasca-pandemik, dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti Malaysia dan India.
Kerajaan Thailand - terkenal dengan pantai yang mempesona dan kuil ikoniknya - menjana lebih daripada 1.6 trilion baht (AS$46 bilion) daripada perbelanjaan pelancong pada 2024, menurut Menteri Pelancongan Sorawong Thienthong.
Di bawah bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah untuk menarik pelancong asing, termasuk program visa percuma untuk pelancong dari China dan India.
Selepas melebihi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, kerajaan telah menetapkan sasaran baru sebanyak 39 juta pelawat untuk tahun ini pula.
Bank Dunia menganggarkan negara ini akan mengatasi tahap pra-pandemik menjelang 2025, namun perbelanjaan pelancong kini lebih rendah berbanding sebelum ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Thailand
#ekonomi Thailand
#Visa percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan