DUNIA
Lebih 40 negara desak PBB bertindak tegas selepas dron Rusia ceroboh ruang udara Poland
Marcin Bosacki menunjukkan satu foto ketika mesyuarat Majlis Keselamatan berhubung ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa, di ibu pejabat PBB, New York City, AS, 12 Sept, 2025. REUTERS
ISTANBUL: Lebih 40 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan antarabangsa lebih tegas selepas dron Rusia menceroboh ruang udara Poland, yang disifatkan sebagai mengancam kestabilan serantau, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Setiausaha Negara Poland Marcin Bosacki membentangkan kenyataan bersama itu menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan yang diminta Warsaw.
"Buat kali pertama dalam sejarah, Poland memutuskan untuk memohon sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB," katanya.
Pencerobohan itu disifatkan sebagai "satu lagi pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB oleh Persekutuan Rusia ketika menyerang wilayah Ukraine."
Bosacki memberi amaran bahawa dron berkenaan menimbulkan "ancaman nyata terhadap penduduk awam, infrastruktur dan keselamatan penerbangan," sambil menegaskan bahawa skala operasi kali ini, iaitu pencerobohan besar-besaran merentasi ruang udara NATO dan EU, belum pernah berlaku sejak perang besar-besaran bermula pada 2022.
"Provokasi sebegini amat tidak menghormati usaha kolektif dan berterusan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan peperangan serta memulihkan keamanan dan kestabilan selaras dengan undang-undang antarabangsa," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Korea Selatan kerana mempengerusikan mesyuarat itu.
Beliau sekali lagi mengulangi desakan Poland supaya Rusia menghentikan pencerobohan, mengelakkan provokasi lanjut dan mematuhi prinsip Piagam PBB.
Poland sebelum ini memaklumkan bahawa ruang udaranya diceroboh dron ketika serangan udara semalaman antara Rusia dan Ukraine, yang ditakrifkan sebagai "tindakan pencerobohan."
Kementerian Pertahanan Rusia menafikan sebarang niat untuk menyerang sasaran di wilayah Poland dan menyatakan ia hanya menyasarkan kompleks industri ketenteraan Kyiv di bahagian barat Ukraine.
-- BERNAMA