DUNIA
Lebih 4,000 kematian dalam 24 jam, angka korban COVID-19 cecah 894,000
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail
ANGKA korban akibat pandemik COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah angka lebih 894,000 kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 189,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 126,000 kes.
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban 72,000 dan 67,000 kes.
Turut mencatatkan angka korban yang tinggi adalah United Kingdom (UK) dengan 41,000 kes.
Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 dan 30,000 kes.
Manakala Peru dan Sepanyol berkongsi 29,000 angka kematian.
Negara terakhir merekodkan angka korban melebihi 20,000 ialah Iran dengan 22,000 kes.
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

#Amerika Syarikat
#angka korban
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#koronavirus
#pandemik
#United Kingdom