awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan penjara

Bernama
Bernama
29/06/2022
04:54 MYT
Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan penjara
Sekurang-kurangnya 51 orang maut dan 24 lagi cedera dalam rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tulua, barat daya Colombia pada Selasa. - Gambar REUTERS
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 51 orang maut dan 24 lagi cedera dalam rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tulua, barat daya Colombia pada Selasa.
Dalam kejadian awal pagi, banduan bertindak membakar tilam, sehingga mengakibatkan kebakaran di penjara yang menempatkan 180 banduan dan beberapa pengawal cedera ketika cuba membantu banduan menyelamatkan diri, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Mereka yang cedera, termasuk dua pengawal telah dibawa ke hospital berdekatan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, sembilan mangsa yang cedera telah ditempatkan di unit rawatan rapi akibat melecur teruk dan terhidu asap.
Sebanyak 49 banduan maut di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.
Tiada banduan melarikan diri semasa rusuhan yang dicetuskan akibat pergaduhan antara beberapa banduan, kata Castellanos.
Presiden Colombia, Ivan Duque dalam ciapannya berkata: "Kami kesal dengan peristiwa yang berlaku di penjara Tulua... saya telah mengarahkan siasatan dijalankan."
Bakal Presiden Gustavo Petro turut kesal mengenai kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan maut
#rusuhan penjara
#Tulua
#Colombia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan