Skip to main content

Dunia

Lebih 50 cedera bom tangan meletup berhampiran sekolah di Kabul

Sumber: X khalilminawi
Bom tangan itu meletup berhampiran sebuah sekolah swasta di kawasan Dasht-e-Barchi, kata jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran. - Gambar X @khalilminawi
Advertisement

ISLAMABAD: Lebih 52 orang cedera selepas sebutir bom tangan meletup berhampiran sebuah sekolah di ibu negara Afghanistan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Bom tangan itu meletup berhampiran sebuah sekolah swasta di kawasan Dasht-e-Barchi, menurut penyiar tempatan Tolo News yang memetik jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital, menurut laporan itu.

Saksi berkata, bom tangan itu berada dalam simpanan seorang pelajar sebelum meletup di tangannya.

Zadran berkata, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan siasatan telah dimulakan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement