DUNIA

Lebih 50 lagi rakyat Palestin terbunuh, jumlah korban Gaza kini meningkat kepada 54,470

Astro Awani 02/06/2025 | 11:50 MYT
Sekurang-kurangnya 51 rakyat Palestin terbunuh dan 503 cedera akibat serangan Israel di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak 7 Oktober 2023 kepada 54,470 terbunuh dan 124,693 cedera. -Gambar fail/AP
GAZA: Jumlah korban akibat serangan Israel di Gaza terus meningkat, dengan sekurang-kurangnya 51 rakyat Palestin terbunuh dan 503 cedera dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.


Ringkasan AI
  • Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 51 rakyat Palestin terbunuh dan 503 cedera akibat serangan Israel di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak 7 Oktober 2023 kepada 54,470 terbunuh dan 124,693 cedera.
  • Sejak Mac 2025, Israel dilaporkan telah membunuh 4,201 rakyat Palestin dan mencederakan 12,652 orang selepas mengingkari gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.
  • Jumlah pemohon bantuan yang terbunuh sejak 27 Mei meningkat kepada 75 orang, dengan lebih 400 cedera, termasuk 35 yang terbunuh semalam sahaja.


Selain itu, satu mayat mangsa serangan terdahulu telah ditemukan di bawah runtuhan di wilayah yang dilanda perang, lapor Al Jazeera.

Sejak 7 Oktober 2023, jumlah keseluruhan korban akibat perang Israel di Gaza telah meningkat kepada 54,470 orang terbunuh dan 124,693 cedera.

Israel juga dilapor telah membunuh 4,201 rakyat Palestin dan mencederakan 12,652 orang sejak Mac 2025, apabila ia mengengkari gencatan senjata yang sebelum ini dipersetujui.

Dalam perkembangan lain, jumlah pemohon bantuan yang terbunuh sejak 27 Mei meningkat kepada 75 orang, termasuk 35 orang yang terbunuh semalam.

Jumlah keseluruhan pemohon bantuan yang cedera kini melebihi 400 orang.








#Gaza #Israel #Kementerian Kesihatan #Palestin #jumlah korban terkini