awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa 30 minit

Bernama
Bernama
25/08/2019
00:56 MYT
Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa 30 minit
Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa kurang 30 minit di pesta makan durian dan buah-buahan tempatan di Betong,Yala, selatan Thailand pada Sabtu. -Gambar hiasan
Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa kurang 30 minit di pesta makan durian dan buah-buahan tempatan di Betong,Yala, selatan Thailand pada Sabtu.
Kira-kira 3,000 pengunjung dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang berkunjung ke Kg Piyamit di Mukim Tanah Merah untuk menikmati keenakan raja buah secara percuma.
Bufet durian dan buah-buahan tempatan anjuran Majlis Pentadbiran Mukim Tanah Merah, Betong itu mendapat sambutan hangat kalangan penduduk tempatan serta pelancong Malaysia dan Singapura.
Presiden Majlis Pentadbiran Mukim Tanah Merah Wirat Saethan berkata pesta makan durian secara percuma yang masuk tahun kelapan itu mendapat sambutan ramai.
"Pesta ini bertujuan untuk mempromosikan durian dan buah-buahan tempatan selain memperkenalkan produk pelancongan di Betong," katanya kepada Bernama.
Selain menikmati durian, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan makan buah-buahan tempatan dan makanan seperti makan ayam Betong dan mee goreng Betong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Betong
#Buah-buahan tempatan
#bufet
#pelancong
#pesta durian
#selatan thailand
#yala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan