awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 5,000 rakyat Thailand mahu pulang ekoran konflik Palestin-Israel semakin memuncak

Bernama
Bernama
11/10/2023
13:06 MYT
Lebih 5,000 rakyat Thailand mahu pulang ekoran konflik Palestin-Israel semakin memuncak
Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian. - AP
BANGKOK: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak.
Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel.
"Beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, telah pun dipindahkan ke zon selamat. Mereka akan tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian," katanya pada sidang media pada Rabu.
Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.
Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat penerbangan komersial untuk menghantar pulang lebih ramai warga Thailand.
Beliau berkata kumpulan pertama dijangka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 10.35 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, manakala kumpulan kedua dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Don Mueang pada 4.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Thailand
#Palestin-Israel
#hantar pulang
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan