awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada

Bernama
Bernama
31/01/2023
04:21 MYT
Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Penunjuk perasaan berkumpul di Wellington Street di luar bangunan Parlimen, setahun selepas 'Konvoi Kebebasan' yang menyaksikan kumpulan trak mengadakan protes menentang mandat vaksin COVID-19, di Ottawa, Ontario, Kanada, 28 Jan 2023. - REUTERS
OTTAWA: Jumlah jangkitan COVID-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Jan, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.
COVID-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi COVID-19, menurut PHAC.
PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global COVID-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.
Memandangkan angka jangkitan COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin COVID-19 dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Kesihatan Awam Kanada
#Kanada
#COVID-19
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan