DUNIA
Lebih 500,000 penduduk dipindahkan ketika Taufan Kajiki hampiri Vietnam
Taufan Kajiki ketika ini membawa angin kencang berkelajuan 166 kilometer sejam (km/j) dan dijangka terus menguat sebelum membadai kawasan daratan.
HANOI: Lebih 586,000 penduduk diarahkan berpindah menjelang ketibaan Taufan Kajiki yang dijangka melanda Vietnam pada awal Isnin.
Menurut ramalan cuaca, taufan itu ketika ini membawa angin kencang berkelajuan 166 kilometer sejam (km/j) dan dijangka terus menguat sebelum membadai kawasan daratan.
Penduduk di beberapa wilayah tengah termasuk Thanh Hoa, Quang Tri, Hue dan Da Nang telah diarah meninggalkan kediaman masing-masing.
Perkhidmatan penerbangan turut dibatalkan manakala semua bot nelayan dilarang ke laut.
Taufan berkenaan turut melalui pulau Hainan di China, dengan agensi cuaca negara itu menjangkakan hujan lebat sehingga 320 milimeter.
BBC Weather pula melaporkan, walaupun Kajiki dijangka sedikit melemah sebaik memasuki daratan Vietnam, ia masih berpotensi membawa angin kencang sehingga 200 km/j serta hujan lebat antara 300 hingga 400 milimeter.
Peningkatan ombak setinggi dua hingga empat meter juga diramal berlaku.
Pihak berkuasa tempatan turut mengarahkan penduduk yang berada dalam laluan taufan supaya tidak keluar rumah selepas jam 10 malam Ahad (waktu tempatan).
Pasukan tentera telah dikerah bagi membantu operasi pemindahan.
“Kedudukan semasa sangat berbahaya dan tidak selamat untuk sebarang kenderaan atau struktur seperti kapal pelancongan, bot nelayan dan pusat penternakan akuakultur,” menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar Vietnam yang dipetik AFP.
Vietnam Airlines dalam pada itu telah membatalkan sekurang-kurangnya 22 penerbangan ke dan dari bandar-bandar di wilayah tengah pada Ahad dan Isnin.
Pihak berkuasa bimbang, Kajiki berpotensi membawa kemusnahan hampir sama dengan Taufan Yagi pada September tahun lalu yang mengorbankan ratusan nyawa di rantau ini, termasuk 300 mangsa di Vietnam sahaja. - Agensi