awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand lancar serangan udara di sempadan Kemboja
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio - WHO

Bernama
Bernama
13/09/2024
04:25 MYT
Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio - WHO
Kanak-kanak Palestin diberi vaksin polio, di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, 10 Sept 2024. - REUTERS
GENEVA: Kempen vaksinasi polio pusingan pertama di Semenanjung Gaza kini hampir selesai dengan lebih 552,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis
Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan ibu bapa berusaha sedaya upaya memastikan anak mereka tidak terlepas daripada menerima vaksin, kata wakil WHO Richard Peeperkorn menerusi panggilan video dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kempen itu dijangka selesai pada Khamis.
Kanak-kanak di Gaza dijadualkan menerima dos kedua vaksin itu menerusi kempen seterusnya yang dijangka bermula dalam tempoh empat minggu.
Kempen ini dijalankan selepas tiga kes polio dikesan di zon konflik yang padat dengan penduduk pada Julai lalu.
Kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini dikesan di Semenanjung Gaza.
Pakar kesihatan bimbang wabak polio mungkin berlaku susulan ratusan ribu orang yang hilang tempat tinggal terpaksa hidup dalam keadaan yang sesak.
Lebih 90 peratus kanak-kanak perlu divaksinasi untuk mencegah penularan polio, yang boleh menyebabkan lumpuh, menurut angka WHO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin polio
#WHO
#kanak-kanak gaza
#polio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan