Lebih 600 kubur ditemui di tapak lama sekolah Orang Asli

Astro Awani
Jun 25, 2021 00:54 MYT
Pencarian menggunakan radar yang menembusi tanah menghasilkan 751 kenaan, menunjukkan sekurang-kurangnya 600 mayat dikebumikan di kawasan itu. -Reuters
VANCOUVER: Lebih 600 kubur tanpa tanda di lokasi bekas sekolah berasrama untuk anak-anak Orang Asli ditemukan di Kanada.
Pemimpin kumpulan Orang Asli pada Khamis memaklumkan bahawa penyiasat telah menemui mayat di Marieval Indian Residential School yang beroperasi dari tahun 1899-1997.
Lokasi itu kini diduduki bangunan Cowessess First Nation.
Penemuan itu menyusul laporan bulan lalu tentang 215 mayat yang ditemui di sekolah lain.
BACA: 215 mayat kanak-kanak ditemui di sekolah lama British Columbia
Pencarian menggunakan radar yang menembusi tanah menghasilkan 751 kenaan, menunjukkan sekurang-kurangnya 600 mayat dikebumikan di kawasan itu.
Pencarian akan diteruskan dan dinilai pasukan teknikal, manakala jumlah sebenar akan disahkan dalam beberapa minggu akan datang.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di akaun Twitter berkata beliau "amat bersedih" apabila mengetahui tentang penemuan terbaharu itu.
"Hati saya remuk susulan penemuan mayat anak-anak Orang Asli yang dikebumikan di tapak lama Sekolah Kediaman Marieval," kata Trudeau.

Well continue to be there for the people of Cowessess First Nation and for Indigenous peoples across the country - and were committed to working together in true partnership to right these historic wrongs and advance reconciliation in concrete, meaningful, and lasting ways.

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) June 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tapak sekolah lama #mayat kanak-kanak orang asli #kubur tanpa tanda #bekas sekolah berasrama #Justin Trudeau