INTERNATIONAL
Lebih 60,000 kanak-kanak alami kekurangan zat makanan di Gaza
PBB melaporkan lebih 60,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan, dengan keperluan mendesak untuk membuka laluan masuk bagi bekalan kritikal. -Gambar fail/AP
GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mendedahkan lebih 60,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan, ekoran situasi kemanusiaan di wilayah itu yang semakin meruncing, lapor Anadolu Ajansi (AA)
Ringkasan AI
Jurucakap PBB, Farhan Haq memetik laporan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan menekankan "keperluan mendesak" untuk membuka semula laluan masuk bagi membolehkan bekalan kritikal disalurkan.
"Lebih 60,000 kanak-kanak dilaporkan mengalami malnutrisi ketika dapur komuniti semakin kehabisan bekalan dan bahan api," katanya dalam satu sidang media.
Beliau turut memberi amaran mengenai kekurangan bekalan air bersih untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada pembunuhan disengajakan terhadap petugas kecemasan tanpa senjata boleh dianggap sebagai jenayah perang, Haq mengesahkan bahawa ia menepati takrif itu, namun enggan membuat kenyataan sementara siasatan masih berjalan.
"Serangan terhadap petugas kemanusiaan merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan kami menegaskan perlunya kebertanggungjawaban dalam kes ini," katanya.
Minggu lalu, akhbar "The New York Times" mendedahkan rakaman video yang membuktikan pembohongan tentera Israel mengenai pembunuhan 15 anggota paramedik Palestin di selatan Gaza pada 23 Mac.
Video itu diperoleh daripada telefon bimbit seorang paramedik yang ditemukan tertanam di dalam kubur besar.
Ia mendedahkan bahawa kenyataan awal tentera Israel kononnya kenderaan itu bergerak secara mencurigakan tanpa menyalakan lampu atau isyarat kecemasan serta tanpa koordinasi lebih awal adalah tidak benar.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin sebelum ini mengumumkan penemuan 14 mayat dalam serangan berkenaan.
Mangsa terdiri daripada lapan petugas Bulan Sabit Merah, lima anggota Pertahanan Awam dan seorang kakitangan agensi PBB.
Beberapa hari kemudian, Pertahanan Awam Palestin menemukan satu lagi mayat anggota mereka, menjadikan jumlah korban serangan itu kepada 15 orang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PBB melaporkan lebih 60,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan, dengan keperluan mendesak untuk membuka laluan masuk bagi bekalan kritikal.
- Kekurangan bekalan air bersih semakin memburukkan keadaan, terutama bagi penduduk yang hilang tempat tinggal.
- Serangan terhadap petugas kemanusiaan di Gaza dianggap sebagai jenayah perang, dengan PBB menegaskan perlunya kebertanggungjawaban dalam kes ini.