awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 6.2 juta bakal hadapi krisis makanan di Sri Lanka - PBB

Bernama
Bernama
12/09/2022
20:20 MYT
Lebih 6.2 juta bakal hadapi krisis makanan di Sri Lanka - PBB
PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka mungkin bertambah buruk pada Oktober 2022 hingga Februari 2023. - Gambar hiasan/ Bernama
MOSCOW: Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan, dan keadaan dijangka bertambah buruk melainkan masalah itu ditangani dengan bantuan sosial dan mekanisme sokongan sara hidup.
"Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka (28 peratus daripada penduduk) dianggarkan berdepan masalah kekurangan makanan manakala 66,000 orang lagi mengalami krisis makanan yang teruk," menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Isnin dalam laporan yang dikeluarkan bersama.
Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa isu keselamatan makanan di negara itu "mungkin terus merosot didorong oleh kekurangan barangan import, kenaikan harga barangan, masalah peluang pekerjaan dan hasil tanaman yang berkurangan, lapor Sputnik.
PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka mungkin bertambah buruk pada Oktober 2022 hingga Februari 2023.
Kerajaan dan rakan kongsi harus menyediakan sokongan kepada rakyat melalui program bantuan makanan dan program sara hidup, menurut laporan itu.
Sri Lanka berdepan krisis ekonomi paling teruk sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada British pada 1948.
Situasi itu berpunca daripada kekurangan mata wang asing dan jumlah ketibaan pelancong asing merosot akibat pandemik COVID-19.
Pandemik itu juga telah memberi kesan negatif terhadap kiriman wang daripada warga Sri Lanka yang bekerja di luar negara.
Negara itu turut berdepan isu kekurangan makanan dan keperluan asas yang teruk, termasuk bahan api dan gas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#kekurangan makanan
#krisis ekonomi
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan