awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70 maut, ratusan lagi cedera akibat ribut debu di India

Agensi
Agensi
03/05/2018
09:31 MYT
Lebih 70 maut, ratusan lagi cedera akibat ribut debu di India
Seorang lelaki menutup hidung dan mulut dengan kain walaupun ketika ribut debu sudah mereda di New Delhi. - AP
Ribut debu yang melanda wilayah tengah India meragut nyawa sekurang-kurangnya 77 orang dan mencederakan 143 yang lain.
Agensi berita AFP melaporkan, akibat diterjah angin kencang, bukan sekadar pokok-pokok yang tumbang malah tembok beberapa binaan bangunan juga telah runtuh.
Pihak berkuasa menjangkakan bilangan angka korban meningkat lantaran kejadian ribut yang melanda semalaman di negeri Uttar Pradesh dan Rajasthan itu.
Di Uttar Pradesh sahaja, terdapat 46 orang disahkan mati manakala 31 orang hilang nyawa di kawasan padang pasir di Rajasthan.
Daerah Agra di Uttar Pradesh adalah antara kawasan yang teruk dilanda ribut itu apabila lebih 30 orang terbunuh.
Mercu tanda ikonik Taj Mahal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan.
Kebanyakan mangsa maut akibat dihempap tembok, pokok dan pencawang elektrik serta rumah yang runtuh.
"Kami boleh sahkan sekurang-kurangnya 46 terkorban dan 41 cedera di 40 daripada 75 daerah dalam Uttar Pradesh,” ujar TP Gupta dari badan bantuan kecemasan negeri.
Sumber rasmi memberitahu, sejumlah 157 haiwan besar turut mati di seluruh negeri itu.
Tiga daerah di Rajasthan, yang popular dalam kalangan pelancong, teruk terjejas akibat ribut berkenaan.
"Kebanyakan dari 31 kematian dan 102 yang cedera adalah dari daerah Alwar, Dholpur dan Bharatpur," ujar Setiausaha Jabatan Pengurusan Bencana dan Bantuan Rajasthan.
Bekalan kuasa juga telah terputus di Bharatpur apabila lebih daripada 1,000 pencawang elektrik musnah. Difahamkan lebih daripada dua hari diperlukan untuk mengembalikan bekalan kuasa.
Pihak kerajaan negeri dan pusat kini giat menjalankan usaha pemulihan di seluruh kawasan terlibat.
Topic Berkaitan
#bencana alam
#debu
#India
#mangsa korban
#ribut pasir
#Uttar Pradesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan