awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 78 juta orang mengundi awal dalam pilihan raya Presiden AS - Makmal Pilihan Raya

Bernama
Bernama
04/11/2024
10:01 MYT
Lebih 78 juta orang mengundi awal dalam pilihan raya Presiden AS - Makmal Pilihan Raya
Pada Sabtu, Makmal Pilihan Raya melaporkan bahawa hampir 70 juta rakyat Amerika telah mengundi awal - 36.5 juta secara bersemuka dan 32.5 juta melalui pos. - AP
MOSCOW: Lebih 78 juta orang telah mengundi awal bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov, menurut maklumat daripada Makmal Pilihan Raya Universiti Florida, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Jumlah Undi Awal: 78,003,222; Undi Awal Secara Bersemuka: 42,654,364; Kertas Undi Pos Dikembalikan: 35,348,858; Kertas Undi Pos Diminta: 67,456,847," menurut data terkini yang dikemas kini pada Ahad.
Pada Sabtu, Makmal Pilihan Raya melaporkan bahawa hampir 70 juta rakyat Amerika telah mengundi awal - 36.5 juta secara bersemuka dan 32.5 juta melalui pos.
Pilihan raya sebelumnya mencatat rekod dari segi jumlah pengundi awal - lebih 101 juta orang telah mengundi melalui pos atau secara bersemuka sebelum hari pilihan raya, kebanyakannya disebabkan pandemik COVID-19.
Ketika itu, calon Republikan semasa, Donald Trump, menuduh pihak Demokrat melakukan penipuan disebabkan jumlah undian pos yang tinggi.
Namun, dalam kitaran pilihan raya kali ini, bekas presiden itu turut menggesa penyokongnya untuk ke pusat pengundian lebih awal. Presiden semasa, Joe Biden, juga telah mengundi dalam pilihan raya ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#presiden as
#Amerika Syarikat
#pengundi
#Kamala Harris
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan